1. PENGENALAN
1. Kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu
diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana
umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini.
2. Sekretariat
World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat
kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama
kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir
segala bidang kehidupan.
3. Bilangan
umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Walaupun secara individu,
ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa,
malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana
rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya
bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan
kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi ,
China , Jepun,
Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.
4. Inilah
yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat
mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata
masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan
perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari
masyarakat bukan Islam.
Firman
Allah SWT, surah Arra’d ayat 11 mafhumnya,
“
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah
keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Petikan ayat Quran ini amatlah benar dan tepat sekali. Hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri.
5. Di atas sifat kealpaan dan kelemahan para pengguna Islam itu sendiri, ramai pengusaha Islam dan Melayu di Malaysia sering terpaksa tutup kedai kerana kurang sambutan daripada para pembeli walau berada di kawasan yang penduduknya orang Melayu / Islam.
6. Tanpa
menidakkan kelemahan penjual dan pengusaha itu sendiri (layanan yang kurang
baik, pilihan barangan yang kurang, harga yang lebih atau lokasi yang kurang
baik) pengguna pula sering mendenda peniaga sehinggakan kelemahan tertentu
pengusaha tidak langsung diberi sebarang pertimbangan atau kelonggaran yang
akhirnya hukuman memboikot atau tidak lagi berkunjung ke kedai tersebut
menyebabkan pengusaha tidak dapat bertahan dan akhirnya terpaksa gulung tikar.
7. Dalam
konteks yang sama, biasa juga berlaku di mana barangan keluaran orang Islam /
Melayu yang mempunyai sama harga dan mutu contohnya minyak kereta, gas masak,
tomato & cili sos, susu dan lain-lain barangan harga terkawal, tidak
mendapat sokongan sewajarnya dari masyarakat pengguna Melayu Islam sendiri. Para pengguna Islam tidak peka dan sedar kekuatan kuasa
pembelian mereka dan dengan bersahaja membeli barangan yang dijual atau dibuat
oleh orang bukan Islam. Seharusnya pembelian daripada bukan masyarakat Islam
hanya berlaku apabila benar-benar tiada pilihan lain dan di masa darurat.
8. Senario
sebenar hari ini adalah begitu ramai pengguna Islam yang amat bersahaja
sehinggakan bekalan barangan yang diperolehi tidak langsung diambil kira asal
usul keluarannya (“jangan usul” menjadi alasan mereka!), soal halal-haram,
siapa pembekal, pengeluarnya atau lebih jauh lagi, agenda pemiliknya. Perkara
yang hanya penting dan terfikir adalah rasa, keselesaan, kepuasan dan gaya yang menjadi kayu
ukur tanpa langsung berlapis dengan sebarang kesedaran kepentingan ummah.
9. Di
sudut yang lain pula, ramai juga para pengguna Islam yang tanpa sebarang
keraguan membeli atau berkunjung ke kedai dan gerai makan yang ditulis
“Ditanggung Halal” oleh pemilik kedai yang tiada diketahui agama sebenarnya
malah ramai yang disahkan bukan beragama Islam.
Bolehkah “jaminan halal” yang dikeluarkan sendiri oleh pengeluar makanan
gerai tepi jalan orang bukan Islam diyakini Halal mengikut syariat Islam? Siapakah yang menjaminnya atau menanggungnya?
10.
Sementara
logo-logo yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada pengusaha-pengusaha bukan
Islam seolah-olah membantu mereka menembusi pasaran orang Islam tanpa
memikirkan agenda ummah dalam perspektif yang lebih besar seperti implikasi
kepada saingan perniagaan kepada peniaga Islam sendiri.
11.
Implikasi kealpaan yang dianggap kecil ini membawa
bencana yang amat besar kepada dunia Islam kerana kesan keburukkannya kepada
ekonomi masyarakat Islam amatlah menakutkan selain kesan makanan haram dan
was-was yang berleluasa di pasaran yang semestinya memberi impak kepada
penerimaan kepada amalan ibadah umat Islam.
12. Harapan kita agar suatu hari nanti umat Islam benar-benar mematuhi kehendak suruhan menggunakan hanya yang “HALAL” mengikut syariat Islam! Hasilnya mudah-mudahan doa diterima, hidup diberkati, maruah terbela dan kukuhlah ekonomi Ummah dan terlepaslah kita daripada penindasan para kapitalis, Insya Allah.
13.
Allah menyuruh
semua umat memakan makanan yang halal dan baik.
Firman Allah Surah Al-Baqarah 168
“Hai sekalian
manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat dari bumi dan
janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan
itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
KEPENTINGAN
MAKANAN HALAL BAGI SELURUH MANUSIA
Firman Allah (s.w.t.) :
“ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal
lagi baik dari apa yang terdapat di bumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
(
Surah Al Baqarah : 168 )
Al-Hafizh Abu Bakar bin Mardawaih
meriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia
berkata:
“ Saya membaca ayat, ‘ Hai manusia,
makanlah yang halal lagi baik dari apa yang ada di bumi’ di dekat Nabi
saw. Lalu Sa’ad bin Abi Waqash berdiri
seraya berkata, ‘Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar kiranya doaku
dikabulkan’. Maka Nabi bersabda, ‘Hai
Sa’ad, perbaikilah makananmu nescaya doamu akan dikabulkan’. Demi Dzat yang diri Muhammad ada dalam
kekuasaanNya, sesungguhnya yang
memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, maka ibadatnya tidak akan
diterima Allah selama 40 hari. Hamba
mana saja yang dagingnya tumbuh dari barang haram dan riba, maka api neraka
lebih layak untuk melahapnya”
“ Dihalalkan bagi kamu (memakan)
binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan
(tentang haramnya) kepada kamu. ”
( Surah Al-Maidah :
1)
Sebagai persiapan membina keluarga
yang bahagia, kita mesti berusaha untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t. ini
sebaik mungkin. Marilah kita perhatikan
beberapa aspek penting seperti
a)
Sudut halal dan haram makanan. Manusia mesti meneliti soal halal dan haram
dalam makanan kerana ia membabitkan status hukum dan kesan positif dan negatif
dalam kehidupan individu dan masyarakat umumnya.
b)
Sudut zat dan mutu makanan.
Dalam konteks zaman moden,
perkataan halal mempunyai madlulnya yang tidak jauh bezanya dengan
perbincangan fiqh, sekadar ia bersifat
ringkas memenuhi kehendak pihak yang mengeluarkan permit dan lesen
perniagaan.
Perintah Perihal Dagangan
(penggunaan perbahasan Halal) 1975 mentakrifkan perkataaan “ Halal
”, “ makanan orang Islam” atau makanan “ditanggung Halal ” bererti:
a)
Bukanlah
terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang
yang orang Islam dilarang oleh hukum syarak
memakannya atau yang tidak disembelih mengikut hukum syarak,
b)
Tidaklah
mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai apa-apa alat yang tidak bebas
dari benda-benda najis mengikut hukum syarak,
c)
Tidak
disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak
bebas dari benda-benda najis mengikut hukum syarak; dan
Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau
menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak
memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) dan (c) atau apa-apa benda yang
dihukum sebagai najis mengikut hukum syarak.
KESIMPULAN
CADANGAN PENYELESAIAN MELALUI PENGUBALAN AKTA HALAL-HARAM BARANGAN MALAYSIA
Pembuktian halal haram, terhadap
barangan makanan, barangan pengguna dan industri tidak lagi menjadi bebanan
pengguna dan pendakwa, sebaliknya pengeluar dan peniaga yang memperolehi
imbuhan keuntungan, yang wajib membuktikan barangan yang dijual kepada
masyarakat Islam adalah halal. Sementara label “HALAL” tidak lagi diperlukan
sebaliknya label “TIDAK HALAL” perlu di keluarkan oleh pengeluar sendiri atas
semua barangan tidak halal.
Jika didapati terdapat unsur tidak
halal dalam sesuatu barangan yang tidak berlabel “TIDAK HALAL” maka peniaga
terlibat boleh didakwa di mahkamah di bawah akta ini. Ini termasuk
juga peniaga yang tidak mengasingkan mengikut peraturan minima antara barangan
halal dengan barangan haram.
Secara tidak langsung, para peniaga
yang ingin berniaga di negara ini akan mempunyai kesedaran untuk memastikan
barangan mereka tidak bercanggah dengan agama rasmi Malaysia.
Akta ini secara jelas akan
meningkatkan permintaan barangan halal samada barangan makanan, barangan
pengguna ataupun barangan keperluan industri. Impaknya sudah pasti akan
menaikkan taraf ekonomi peniaga bumiputra sendiri.
Sari satu segi, masyarakat peniaga
akan mula meningkatkan pengetahuan fasal halal haram dalam agama Islam. Ini
akan menjadikan agama Islam akan lebih difahami dan dihormati oleh mereka.
Akibatnya, tahap tolenransi antara agama di negara ini dapat ditingkatkan dan
mengujudkan masyarakat majmuk yang harmoni dan saling mengenali.
Dari segi politik pula, kerajaan
yang selama ini dianggap kurang Islam oleh pihak pembangkang akan mengukuhkan
sokongan rakyat kepadanya. Senario
politik hari ini lebih cenderung kepada soal agama dan dengan adanya akta ini maka ia akan menjadi dasar yang baik dalam menangani tohmahan pihak pembangkang.
Harapan pengguna Islam di negara ini adalah supaya kerajaan dapat membela nasib mereka melalui akta ini. Rungutan demi rungutan telah dibuat bertahun-tahun dan kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mengambil langkah drastik bagi mendaulatkan kesucian agama dengan mengujudkan Akta Halal-Haram Barangan Malaysia.
politik hari ini lebih cenderung kepada soal agama dan dengan adanya akta ini maka ia akan menjadi dasar yang baik dalam menangani tohmahan pihak pembangkang.
Harapan pengguna Islam di negara ini adalah supaya kerajaan dapat membela nasib mereka melalui akta ini. Rungutan demi rungutan telah dibuat bertahun-tahun dan kini tibalah masanya untuk kita sama-sama mengambil langkah drastik bagi mendaulatkan kesucian agama dengan mengujudkan Akta Halal-Haram Barangan Malaysia.
Comments
Post a Comment