

“PPIM menerima sebanyak 144 aduan setahun dan daripada aduan tersebut sebanyak 95 peratus melibatkan orang Melayu. Di Kuala Lumpur, kita difahamkan, terdapat sekurang-kurangnya empat buah sindiket ‘gores dan menang’ yang berselindung di sebalik syarikat. Semua mereka menggerakkan sekurang-kurangnya dua hingga lima kumpulan yang dianggotai antara tiga dan lima orang bagi setiap kumpulan.
“Berdasarkan rekod PPIM setiap kumpulan akan memperdaya dua mangsa sehari dan sasaran mereka setiap mangsa akan mengeluarkan wang tunai sekurang-kurangnya RM10,000. Ini bermakna setiap satu kumpulan akan membawa pulang sejumlah RM20,000. Bagaimanapun itu jumlah minimum memandangkan kebiasaannya sindiket tersebut meraih jutaan ringgit,”
Selain itu, saya juga tidak menolak kemungkinan sindiket gores dan menang terus bermaharajalela kerana ada orang dalam agensi penguatkuasa turut terlibat melindungi mereka.
Dua agensi penguatkuasa yang mempunyai bidang kuasa membanteras dan menangkap ejen sindiket gores dan menang adalah KPDNKK serta PDRM.
Melalui perlindungan inilah, sindiket gores dan menang menjadi kebal dan sukar dibanteras serta dihapuskan sebagaimana kesukaran kita menghapuskan kewujudan premis yang menjalankan aktiviti perjudian online.
Selain mendapat perlindungan dari pihak tertentu dalam agensi penguatkuasa, sindiket gores dan menang turut dijaga kumpulan gangsters.
Sebab itulah ejen gores dan menang berani menjalankan operasi secara terbuka di pasar raya besar seluruh negara sehingga berani menggunakan kekerasan ke atas mangsa mereka sebagaimana laporan Harian Metro hari ini.
Jika sindiket gores dan menang terus dibiarkan tanpa tindakan tegas dari agensi penguatkuasa undang-undang, tidak mustahil satu hari nanti rakyat mengambil tindakan sendiri sebagaimana berlaku di Plaza Low Yatt.
Apakah pihak berkuasa mahu rakyat mengambil tindakan sendiri baru mereka mahu bertindak?
"Perbuatan menyusahkan masyarakat oleh syarikat gores dan menang boleh disifatkan sebagai lintah darat," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro bertajuk `Paksa Gores RM1J' bertarikh 12 Mac 2005.
Laporan berkenaan memaparkan aduan dan situasi dialami orang ramai yang juga pelanggan di beberapa pasar raya di Petaling Jaya, Selangor dipaksa jurujual supaya menggores kad bertuah menawarkan hadiah bernilai RM1 juta.
Pelanggan diserbu seramai 20 jurujual lelaki mahupun wanita di tempat letak kereta menjadi sasaran sebaik selesai membeli belah, sekitar 4 petang hingga 9 malam.
Menurut Nadzim, sindiket gores dan menang yang bertapak di negara ini sejak 30 tahun lalu, berjaya membina rangkaian tersendiri.
"Kes ini sudah lama menjadi masalah masyarakat, tetapi menyedihkan apabila negara berdaulat ini gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
"PPIM menerima sekurang-kurang lapan hingga 10 aduan kes gores dan menang sebulan. Mungkin ramai lagi mangsa di luar sana tetapi malu untuk membuat aduan.
"Kehidupan rakyat tersepit, namun penjenayah yang berselindung di sebalik undang-undang pula mengaut keuntungan atas `kepercayaan' mangsa," katanya ketika dihubungi.
Kata Nadzim, janji manis ditaburkan jurujual seperti memenangi hadiah lumayan, termasuk kereta, segelintir individu terus mempercayainya, malah ada juga membuat pinjaman bank semata-mata menyertai sindiket berkenaan.
Jelasnya, tindakan tegas perlu diambil dan penubuhan pasukan khas gabungan lapan agensi yang ditubuhkan baru-baru ini dapat bertindak secara efektif.
Fakta
* Modus operandi mendekati pelanggan pasar raya di tempat letak kereta untuk menyertai peraduan kad bertuah kononnya menawarkan hadiah segera bernilai hingga RM1 juta
* Pelanggan yang selesai membelibelah dihampiri lebih 20 lelaki dan wanita dipercayai jurujual
* Ramai pelanggan membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya tetapi tidak berkuasa menahan mereka
* Jumlah ulat gores dan menang ini bertambah menjelang hujung minggu
* Selepas menerima aduan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menyerbu sebuah syarikat peraduan gores dan menang di Subang Jaya
Comments
Post a Comment